Jumaat, 17 Februari 2012

Teori-teori pembelajaran


NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME.
·         Pengasas teori pembelajaran behaviorisme  adalah Ivan Pavlov, Edward Thorndike, B.F.Skinner dan Watson.
·         Teori Pelaziman Klasik diasaskan oleh Pavlov dan Watson manakala Teori Pelaziman Operan diasaskan oleh Thorndike dan B.F.Skinner.
·         Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku, amat mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal.
·         Teori Pelaziman Klasik lebih cenderung untuk menilai emosi dan tabiat manusia atau haiwan sebelum dan selepas pelaziman.
·         Teori Pelaziman Operan pula lebih cenderung untuk menilai tingkahlaku yang berlaku kesan daripada ransangan dan peneguhan sebelum dan selepas pelaziman.
·         Terdapat dua jenis prinsip pelaziman Operan iaitu peneguhan (positif dan negatif) dan hukuman (positif dan negatif).
·         Contoh peneguhan positif : memberi pujian atau gula-gula kepada pelajar. manakala peneguhan negatif adalah mengecualikan pelajar daripada aktiviti yang mereka tidak sukai.
·         Contoh hukuman positif adalah merotan pelajar manakala hukuman negatif pula iaitu menarik balik kebenaran menonton rancangan yang mereka sukai seperti rancangan kartun pada waktu rehat.
·         Teori Pelaziman Klasik adalah merujuk kepada pembelajaran haiwan dan manusia yang terhasil daripada gerak balas automatik terhadap sesuatu ransangan yang mula-mula tidak memberikan sebarang kesan.
·         Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran adalah sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkahlaku.
·         Seterusnya pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) ransangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat memberi respons dan diberi pengukuhan.
·         Behaviorisme adalah perhubungan antara ransangan (R) dengan gerak balas (G).
·         Tingkahlaku adalah gerak balas yang nyata dan dapat diramalkan.
·         Untuk pembelajaran yang berkesan, guru mengaitkan pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran.
·         Bimbing pelajar gunakan kemahiran generalisasi dan diskriminasi dengan tepat.
·         Beri latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dan gerak balas terlazim.

Teori Pelaziman Klasik Pavlov                                               
·         Ivan P.Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik.
·         Bahan uji kaji beliau adalah seekor anjing. Beliau membunyikan loceng dan memerhatikan gerak balas anjing.
·         Menurutnya, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas pula ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul kesan dari ransangan.
·         Kata kunci teori beliau ialah pembelajaran melalui perkaitan. Iaitu perkaitan antara ransangan dan gerak balas.
·         Pembelajaran daripada perkaitan dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik.
·         Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov iaitu : Pembelajaran semula, generalisasi, diskriminasi dan penghapusan.

Implikasi Teori Pavlov ke atas pengajaran dan pembelajaran.
·         Kaitan antara ransangan dengan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari.
·         Kaitan antara ransangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap ransangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu..
·         Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran.
·         Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, pembiasaan atau pengalaman. Justeru itu pelajar mesti dilibatkan dalam proses pengajaran.
·         Generalisasi boleh berlaku semasa proses pembelajaran.
·         Penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan atau diberhentikan.
·         Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu pelajarnya mendiskriminasikan jenis ransangan yang perlu diberikan tumpuan.
·         Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru itu meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Teori Pelaziman Klasik J.B.Watson
·         Seorang ahli psikologi Amerika.
·         Kajian beliau ialah tentang emosi kanak-kanak.
·         Ahli psikologi yang pertama menggunakan perkataan “behaviorisme”.
·         Beliau sangat terpengaruh dengan model pelaziman klasik Pavlov.
·         Perbezaan antara manusia adalah pengalaman. Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk.
·         Menurut beliau, manusia mempunyai tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang.
·         Emosi boleh diajar melalui proses pelaziman.
·         Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.
·         Eksperimen yang beliau jalankan adalah antara Albert (berusia 9 bulan) dan seekor tikus putih.

Aplikasi pelaziman J.B.Watson dalam pengajaran
·         Tingkah laku positif boleh diajar dengan ransangan yang sesuai.
·         Pelajar hendaklah belajar perhubungan gerak balas secara sistematik.
·         Bagi pengukuhan ingatan, latihan hendaklah dijalankan secara kerap.
·         Ransangan hendaklah digunakan  bagi memotivasikan pelajar supaya minat belajar.
·         Minat pelajar boleh ditimbulkan atau dihapuskan.
·         Persekitaran adalah amat penting bagi mendorong perkembangan potensi pelajar.Persekitaran yang kaya dengan bahan pengajaran dan asuhan serta bimbingan guru dan ibu bapa yang baik akan membantu kanak-kanak menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
         
         Teori Pelaziman Operan Thorndike
·         Seorang ahli psikologi Amerika.
·         Beliau memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan ransangan dengan gerak balas.
·         Beliau telah mengkaji tingkah laku dan gerak balas seekor kucing untuk mendapatkan makanan juga beberapa haiwan lain.
·         Beliau juga berjaya membentuk tiga hukum iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.
·         Hukum Kesediaan – pelajar/seseorang bersedia belajar (ransangan motivasi) maka pembelajaran akan berkesan dan memuaskan . Pelajar belum bersedia atau dipaksa belajar (tanpa ransangan) maka pembelajaran tidak berkesan.
·         Hukum Latihan – Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika ada latihan, pengulangan serta aktiviti pengukuhan diberikan.
·         Hukum Kesan – Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya ada kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang.
·         Sekiranya kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap dan pertalian antara ransangan dan gerak balas akan lemah.

Implikasi Teori Thorndike ke atas pengajaran dan pembelajaran
·         Mengadakan pelbagai ransangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.
·         Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul.
·         Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
·         Sentiasa menilai kesediaan pelajar.
·         Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai.
·         Banyakkan aktiviti latihan, ulangkaji serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan.
·         Pembelajaran juga boleh berlakumelalui usaha cuba jaya.
Teori Pelaziman Operan Skinner.
·         Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran psikologi dari Universiti Harvard. Beliau melanjutkan usaka Thorndike dalam kajian tentang pelaziman.
·         Teori beliau juga berasaskan ransangan dan gerak balas.
·         Beliau menggunakan tikus untuk kajiannya yang terkenal iaitu ‘Skinner Box”.
·         Skinner mengemukakan prinsip pelaziman operan iaitu peneguhan(positif dan negatif)  dan hukuman ( Positif dan negatif).
·         Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.
·         Jenis peneguhan positif yang boleh diaplikasikan ; Peneguhan kendiri, pujian, beri perhatian, memaparkan dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar, makanan dan memberikan peluang menjalankan aktiviti yang disukai mereka.
·         Peneguhan negatif pula berbentuk dendaan atau hukuman dan ia menyakitkan.

Implikasi Teori Skinner ke atas pengajaran dan pembelajaran.
·         Guru perlu menggunakan peneguhan positif(seperti pujian atau hadiah) untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini.
·         Peneguhan positif perlu dilakukan secara tekal dan tetap bagi menjamin pengulangan tingkah laku yang diingini.
·         Objektif pendidikan yang ingin dicapai perlu realistik. Jika tidak pelajar akan mengalami kegagalan. Kegagalan akan menyebabkan berlakunya peneguhan negatif.


NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN BRUNER
Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat.
  • Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat membolehkan seseorang itu menguasai dan mempelajari beberapa perkara dan dapat dikaitkan secara bermakna.
  • Beliau juga menekankan penguasaan konsep untuk kanak-kanak melihat suatu gambaran secara keseluruhan.
  • Kanak-kanak perlu memahami sesuatu konsep ketika sessi pembelajaran.
  • Perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
a) Peringkat enaktif ( 0 – 2 tahun )
b) Peringkat Ikonik ( 2 -4 )
c) Peringkat Simbolik ( 5 – 7 )
  • Pembelajaran Penemuan Bruner  - beliau berpendapat bahawa guru seharusnya membekalkan pengalaman kepada kanak-kanak untuk membantu menemui sesuatu idea, konsep atau pola. Murid diperkenalkan dengan satu fenomena dan murid  menyiasat bagaimana keadaan itu berlaku. Setelah jawapan diperoleh , jawapan itu akan dibincangkan bersama guru dan murid lain di dalam kelas.
  • Teori Pembelajaran Induktif  - guru seharusnya membekalkan murid-murid dengan pengalaman supaya murid menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan. Pembelajaran Induktif ini juga adalah untuk memotivasikan pelajaran yang aktif dan membentuk konsep yang difahami.
  • Konsep pemikiran induktif adalah dari spesifik kepada umum.
  • Cara pembelajaran induktif ini adalah guru tidak memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep adalah dibina secara perlahan hasil daripada pendedahan kepada kanak-kanak iaitu pelbagai aktiviti dan pengalaman.
  • Menggunakan pengalaman untuk membentuk konsep baru.
  • Pembelajaran Induktif –  (Memain peranan – latihan pembentukan konsep – aktiviti amali – aktiviti lain).
           Implikasi Teori Bruner ke atas pengajaran dan pembelajaran
·         Kanak-kanak belajar melalui pengalaman, mereka perlu diberi peluang untuk meneroka, memegang, mencium dan merasa supaya proses ini dapat mewujudkan pembelajaran bermakna.
·          Murid tahap 1 , gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep.
·         Murid tahap 2 pula,hukum dan prinsip perlu ditekankan agar mereka boleh mengaplikasikannya di dalam proses penyelesaian masalah.
·         Motivasi ekstinsik dan motivasi intrinsik perlu ditekankan untuk meransang minat murid terhadap sains.
·         Kesediaan murid-murid juga perlu diambil berat serta menambah nilai-nilai murni di dalam pelajaran.






NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL
*    David Ausubel adalah seorang ahli psikologi pendidikan yang menekankan penguasaan bahasa yang bermakna .
*    Menurut beliau,maklumat dalam bentuk bahasa dapat dikuasai melalui dua cara iaitu resepsi dan penemuan melalui hafazan atau bermakna.
*    Pembelajaran bermakna terjadi apabila seorang kanak-kanak dapat mengaitkan fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka.
*   Pembelajaran resepsi  (Pembelajaran Penerimaan)
- Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar dapat menerimanya dengan baik.
*    Menurut Ausubel, guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara tersusun dan teratur di dalam bentuk kuliah dan ceramah.
*    Walaupun guru memberi maklumat,idea-idea dan respon pelajar boleh dibincang bersama guru.
*    Pembelajaran secara reseps dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos institusi yang mengendalikannya.
*    Menurut beliau juga bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang banyak cara yang baik ialah melalui pembelajaran resepsi.
*    Untuk kanak-kanak yang masih muda, cara pembelajaran resepsi adalah menarik dan cepat dilupai oleh mereka.
*    Pembelajaran Penemuan – maklumat diperolehi oleh pelajar adalah secara bebas melalui usaha sendiri, amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif individu untuk menghadapi ransangan pelbagai serta dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang lebih matang.
*    Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal – diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optima boleh berlaku.
*    Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal ini berfungsi untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tentang perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran malah boleh juga menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari.
*   Terdapat 3 tujuan penggunaan penyusunan awal iaitu memberi gambaran
           a) memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran
           b) menjelaskan hubungan antara konsepyang akan dihuraikan
           c) menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.
*    Penyusunan konsep dalam bentuk pengetahuan harus disusun dalam bentuk
           hirarki iaitu dari konsep umum ke spesifik.

Implikasi Teori Pembelajaran Ausubel ke atas pengajaran dan pembelajaran.
1.    Guru digalakkan menggunakan penbelajaran penemuan untuk melibatkan murid di dalam aktiviti penyiasatan, kajian sendiri, pengumpulan maklumat, analisis,membuat sintesis penilaian dan rumusan.Pembelajaran seperti ini lebih kekal, bermakna dan menyeronokkan.
2.    Teknik penghafazan masih boleh digunakan oleh guru untuk mengingati sesetengah perkara seperti rumus-rumus matematik, sifir, puisi dan pantun.
3.    Pembelajaran bermakna ditekankan untuk membuatkan/membantu murid memahami sesuatu konsep, perkaitan sesuatu isi-isi pelajaran dengan pertalian dan antara pengalaman baru dan pengalaman lama.
4.    Ketika mengajar guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid bagi menjamin kesesuaian bahan dan aktiviti pelajaran yang disediakan.
5.    Guru juga boleh menggunakan pembelajaran superordinat atau pendekatan induktif  atau pembelajaran deduktif .


 NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN GAGNE 
                  Beliau ialah Robert M. Gagne , telah dilahirkan pada tahun 1916  .  Beliuan merupakan ahli psokologi eksperimental yang berpengalaman .  Gagne menggunakan teori pembelajaran behavioris dan kognitif untuk mengkategorikan kedayaan pembelajaran ke dalam 5 kelompok utama iaitu kemahiran kecerdasan, strategi kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran motor dan sikap. Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga mengemukakan lapan syarat pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut hierarki kemahiran kecerdasan. Syarat pembelajaran tersebut ialah :

1. Pembelajaran isyarat                          
2. Pembelajaran gerak balas
3. Pembelajaran rangkaian motor        
4. Pembelajaran bahasa
5. Pembelajaran diskriminasi                                        
6. Pembelajaran konsep
7. Pembelajaran hukum                         
8. Pembelajaran penyelesaian masalah

Penggunaan prinsip pembelajaran Gagne :
Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang rumit
 
Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya:

1- Pembelajaran Isyarat
Pembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak sengaja.
Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu dimiliki oleh seseorang individu ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah laku, contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba, keadaan ini berlaku kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu ransangan positif akan menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh mendesakkan pembelajaran.

2- Pembelajaran ransangan – tindak balas
Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu dititiberatkan. Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar. Akan tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang dikenalpastikan. Dengan perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransangan betul atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar dapat bertindak balas terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Contohnya, guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk mengekalkan tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk mendapat pujian gurunya.

3- Pembelajaran melalui rangkaian
Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak balas dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti penulisan, permainan, muzik dan sebagainya. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang binokular di hadapan mata, menuju binocular itu kearah objek itu dan menyesuaikannya untuk memfokus dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya. Contohnya; seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti :

Kemahiran menghantar bola
Kemahiran menerima bola
Kemahiran menjaringkan bola

Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.

4- Pertalian bahasa
Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu ransangan untuk menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan penggunaan bahasa yang telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan sebutannya. Proses ulangan penting untuk menjamin peneguhan pertalian bahasa.

5- Pembelajaran diskriminasi
Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan yang berupa sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus. Demgam perkataan lain dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang individu itu sanggup menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza walaupun kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada objek. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan haiwan yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.


6- Pembelajaran konsep
Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal pasti cirri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari. Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar belajar konsep melalui contoh-contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu mengetahui tentang beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan perbezaannya berbanding dengan sisik dan bulu pelepah.

7- Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan operasi tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran penyelesaian masalah. Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran hukum :

Memberi maklumat yang betul
Menghuraikan ciri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep
Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep yang berkaitan.
Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari.
Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari.


8-Pembelajaran penyelesaian masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah peringkat pembelajaran yang paling sukar dan kompleks. Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian masalah iaitu :


Mengenal masalah
Mencari maklumat
Membuat hipotesis
Memilih cara menyelesaikan masalah
Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ).
Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).

Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar kemahiran berfikir.

Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam Bilik Darjah
Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.

1- Pembelajaran Isyarat
Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan pembelajaran isyarat.Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan menggunakan kad imbasan perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.

2- Ransangan gerak balas
Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhan. Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada pelajar dengan memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja masing-masing dengan senyap, guru perlu memberi pujian.

3) Rangkaian motor
Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.Contohnya, kemahiran hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil dalam urutan spesifik.Prinsip ini penting dalam mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.


4) Pertalian Bahasa
Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting.

5) Diskriminasi
 Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang lain.Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang tinggal di kawasan kutub dan gurun.


6) Pembelajaran  konsep
Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.Mereka harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu kelas atau kategori.

7) Pembelajaran Hukum
Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan dengan mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.Di samping itu guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dan memberi fokus kepada aspek-aspek yang penting dalam hukum.Seterusnya pelajar harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang berkaitan.Guru  juga perlu menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar, melalui soalan dan ujian. Akhir sekali pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai sesuatu hukum.




8) Penyelesaian masalah
 Bagi proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar. Kemudian guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hukum dan konsep yang perlu diaplikasi. Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah pelajar mencari jawapannya sendiri.Polya (1957), telah memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah, iaitu :
Memahami sesuatu masalah
Membuat pelan tindakan
Melaksanakan pelan tersebut
M enilai hasil dan keputusan pelan


Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
*   Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.

*   Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.





NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN PIAGET
*    Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896
*    Beliau dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan dan kognitif.
*    Menurut Piaget , perkembangan kognitif seorang kanak-kanak mengikut satu siri urutan yang berperingkat. Piaget membahagikannya kepada 4 peringkat iaitu:
                         a) Peringkat deria motor ( 0 -2 tahun )
                         b) Peringkat Praoperasi ( 2 – 7 tahun)
                         c) Peringkat operasi konkrit ( 7 – 11tahun )
                         d) Peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas)
  Piaget telah mengemukakan beberapa konsep dalam teori pembelajaran beliau iaitu:
1. Skema
-Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.
-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.
2. Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

3.            Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
4. Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.
 Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur.  Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :
l Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
l Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
l Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)
l Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

Tahap-tahap perkembangan
TAHAP SENSORIMOTOR (DARI LAHIR - 2 TAHUN)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.
a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.
b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.
d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.
e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.


f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerus tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
1.  Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.
2.  Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
3.  Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
1.  Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
2.  Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.



TAHAP OPERASI KONKRIT  ( 7 - 11 TAHUN)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.
PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 tahun ke atas) 

Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME.

1.    Pengertian Konstruktivisime
     “Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.”
(Sumber:http://www.teachersrock.net/teori_kon.htm)
    “Pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu melalui pemikiran. Murid membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan maklumat pengetahuan sedia ada dan membuat kaitan dengan persekitarannya”
(sumber: ________, pengenalan pengajian sosial, Open Universiti Malaysia, 2007, M.S 35.)
PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
ENGAGE             Merangsang perasaan ingin tahu murid
EXPLORE           Meneroka/mencari untuk memenuhi perasaan ingin tahu
      EXPLAIN             Menjelaskan
ELABORATE       Menghuraikan dengan contoh, metafora atau lain-lain
EVALUATE          Menilai

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
1.  Berpusatkan murid
2.  Pembelajaran sebagai satu proses dan perkembangannya berhubung kait
3. Pembentukan dikonstruk dengan adanya kefahaman atau idea asal tentang sesuatu perkara.
4.  Pengetahuan awal ini sebagai pengetahuan mentah .
5.Peluang murid membina pengetahuan  baru dengan memahaminya melalui pengalaman yang dilaluinya .
6.  Menggalakkan murid bertanya dan berinteraksi dengan lebih kerap (bersoal jawab)
7. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakan panduan merancang pengajaran
8.  Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
9.  Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
10.  Menggalak proses inkuiri melalui kajian dan eksperimen
11.  Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea




Tiada ulasan: