Sharing is Caring Selamat Datang ke blog ku ini...segalanya di sini adalah untuk dikongsi bersama..sudi-sudikanlah membaca...
Selasa, 6 Mac 2012
Ahad, 4 Mac 2012
PETUA-PETUA HIDUP SEHARIAN
Di sini saya ingin mengutarakan beberapa petua berguna buat pembaca blog saya ini iaitu petua yang berkesan yang telah saya amalkan, mudah-mudahan dapat dapat dimanfaatkan oleh semua.Semuanya dengan izin Allah Taala jua....
1. Terkena air panas/minyak panas.
Basuh tempat yang melecur tadi dibawah air paip , kemudian lapkan dengan tuala bersih. Sapukan sedikit mentega, minyak kelapa atau lebih baik lagi sekiranya ada lebihan ubat untuk sakit mata di di dalan tiub berantibiotik yang boleh mengelakkan kawasan melecur jadi mengelembung atau dijangkiti kuman. Insyallah tempat melecur itu tadi akan mengering di dalam beberapa hari.
2. Bibir mengelupas dan merekah.
Sesetengah orang alah dengan sesetengah jenis gincu atau alah dengan makanan laut .Sekiranya ini berlaku sapukanlah marjerin ke bibir selama yang perlu. Lama-kelamaan bibir akan pulih dan licin seperti biasa.
3. Serangga masuk ke dalam telinga.
Serangga kecil seperti semut kadang-kadang termasuk ke dalam telinga sewaktu kita tidur. Perkara ini membuatkan kita tidak selesa juga kesakitan. Cuba guna cara ini , iaitu dengan menyapukan minyak panas, vicks atau bam panas di luar dan dalam cuping telinga.Biarkan sebentar, serangga di dalam telinga akan kepanasaan dan keluar dari lubang telinga.
4. Terlekat tulang ikan.
Apabila berlaku perkara ini cuba kepalkan nasi atau roti dan telan tanpa mengunyahnya. Cuba berkali -kali sehingga tulang itu tertanggal dari tekak. Jika tidak berjaya juga barulah berjumpa dengan doktor.
5. Mengurangkan bengkak payudara selepas bersalin.
Pada kebiasaannya ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami bengkak payudara .Jika lambat dirawat ibu-ibu boleh mendapat demam. Caranya mudah sahaja..ibu-ibu boleh menggunakan kepingan daun kobis dan diletakkan di payudara untuk melancarkan susu juga menyejukkan payudara yang bengkak .Kobis tadi boleh juga dimesin hingga halus dan disapukan sekeliling payudara untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.
6. Merawat keputihan.
Jika anda mengalami keputihan dan rasanya gatal..anda boleh membasuh kemaluan dengan air suam dicampurkan dengan garam. Basuh dengan kerap. Selain dari itu anda bolah juga membasuh kemaluan dengan air daun sireh. (rebus seikat daun sireh, cuci dengan airnya setiap kali selepas membuang air kecil.Amalkan selama seminggu ,insyallah kegatalan itu akan hilang.
7. Merawat bayi terkena sakit mata.
Apabila bayi terkena sakit mata ,cubalah titiskan air susu ibu ke dalam mata bayi yang sakit itu. Air susu ibu sangat berkhasiat insyallah boleh merawat sakit mata bayi anda.

Isnin, 20 Februari 2012
DOA RINGKAS SELEPAS SOLAT
DOA
RINGKAS SELEPAS SOLAT
Marilah kita sama-sama amalkan
Doa
Ibubapa untuk anak mereka, seperti dalam Quran
Doa
memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Mereka
berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan
hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada
kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang
melimpah-limpah pemberianNya
Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia,
untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak
padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Doa
mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
Ketika
itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku!
Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya
Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan
Doa
anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
Wahai
Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga
zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
"Wahai
Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi
orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan
pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41
Doa
anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
Wahai
Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri)
kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah
diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami,
dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi
Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128
Doa
diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
Dan juga
mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah
kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74
Doa
anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
Maka Kami
beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan
masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu
(yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami
bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
Al anbiya 21 : 79
Doa
anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).
Dia lah
Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib
dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22
Dia lah
Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang
Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha
Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang
Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya.
Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Dia lah
Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada
ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya);
bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih
kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada
bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24
Doa
anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
Taha
Kami
tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung
kesusahan
Hanya
untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
(Al-Quran)
diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Doa selepas solat
Ertinya:“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran zatMu dan agung kekuasaanMu”
Ertinya:
“Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.”
Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”
Ertinya:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.
Ya Allah! Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami pertaruh agama kami. Ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu di dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu itu Maha Berkuasa.”
Ertinya:
“Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.”
Ertinya :
“Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kita, Nabi Muhammad (S.A.W) ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka gambarkan. Dan, kesejahteraan ke atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekelian alam.”
Penghargaan: http://cybermosque.mpsj.gov.my/soldoa.html
All rights
reserved
Langgan:
Catatan (Atom)