Ahad, 4 Mac 2012

PETUA-PETUA HIDUP SEHARIAN

Di sini saya ingin mengutarakan beberapa petua berguna buat pembaca blog saya ini iaitu petua yang berkesan yang telah saya amalkan, mudah-mudahan dapat dapat dimanfaatkan oleh semua.Semuanya dengan izin Allah Taala jua....
1. Terkena air panas/minyak panas.
Basuh tempat yang melecur tadi dibawah air paip , kemudian lapkan dengan tuala bersih. Sapukan sedikit mentega, minyak kelapa atau lebih baik lagi sekiranya ada lebihan ubat untuk sakit mata di di dalan tiub berantibiotik yang boleh mengelakkan kawasan melecur jadi mengelembung atau dijangkiti kuman. Insyallah tempat melecur itu tadi akan mengering di dalam beberapa hari.

2. Bibir mengelupas dan merekah.
Sesetengah orang alah dengan sesetengah jenis gincu atau alah dengan makanan laut .Sekiranya ini berlaku sapukanlah  marjerin ke bibir selama yang perlu. Lama-kelamaan bibir akan pulih dan licin seperti biasa.

3. Serangga masuk ke dalam telinga.
Serangga kecil seperti semut kadang-kadang termasuk ke dalam telinga sewaktu kita tidur. Perkara ini membuatkan kita tidak selesa juga kesakitan. Cuba guna cara ini , iaitu dengan menyapukan minyak panas, vicks atau bam panas di luar dan dalam cuping telinga.Biarkan sebentar, serangga di dalam telinga akan kepanasaan dan keluar dari lubang telinga.

4. Terlekat tulang ikan.
Apabila berlaku perkara ini cuba kepalkan nasi atau roti  dan telan tanpa mengunyahnya. Cuba berkali -kali sehingga tulang itu tertanggal dari tekak. Jika tidak berjaya juga barulah berjumpa dengan doktor.

5. Mengurangkan bengkak payudara selepas bersalin.
Pada kebiasaannya ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami bengkak payudara .Jika lambat dirawat ibu-ibu boleh mendapat demam. Caranya mudah sahaja..ibu-ibu boleh menggunakan kepingan daun kobis dan diletakkan di payudara untuk melancarkan susu juga menyejukkan payudara yang bengkak .Kobis tadi boleh juga dimesin hingga halus dan disapukan sekeliling payudara untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.

6. Merawat keputihan.
Jika anda mengalami keputihan dan rasanya gatal..anda boleh membasuh kemaluan dengan air suam dicampurkan dengan garam. Basuh dengan kerap. Selain dari itu anda bolah juga membasuh kemaluan dengan air daun sireh. (rebus seikat daun sireh, cuci dengan airnya setiap kali selepas membuang air kecil.Amalkan selama seminggu ,insyallah kegatalan itu akan hilang. 

7. Merawat bayi terkena sakit mata.
Apabila bayi terkena sakit mata ,cubalah titiskan air susu ibu ke dalam mata bayi yang sakit itu. Air susu ibu sangat berkhasiat insyallah boleh merawat sakit mata bayi anda.

Tiada ulasan: