NOTA
RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME.
·
Pengasas teori
pembelajaran behaviorisme adalah Ivan
Pavlov, Edward Thorndike, B.F.Skinner dan Watson.
·
Teori Pelaziman
Klasik diasaskan oleh Pavlov dan Watson manakala Teori Pelaziman Operan
diasaskan oleh Thorndike dan B.F.Skinner.
·
Teori Behavioris ini
dikenali sebagai teori tingkah laku, amat mengutamakan pembelajaran
kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal.
·
Teori Pelaziman
Klasik lebih cenderung untuk menilai emosi dan tabiat manusia atau haiwan
sebelum dan selepas pelaziman.
·
Teori Pelaziman
Operan pula lebih cenderung untuk menilai tingkahlaku yang berlaku kesan
daripada ransangan dan peneguhan sebelum dan selepas pelaziman.
·
Terdapat dua jenis
prinsip pelaziman Operan iaitu peneguhan (positif dan negatif) dan hukuman
(positif dan negatif).
·
Contoh peneguhan
positif : memberi pujian atau gula-gula kepada pelajar. manakala peneguhan
negatif adalah mengecualikan pelajar daripada aktiviti yang mereka tidak sukai.
·
Contoh hukuman
positif adalah merotan pelajar manakala hukuman negatif pula iaitu menarik
balik kebenaran menonton rancangan yang mereka sukai seperti rancangan kartun
pada waktu rehat.
·
Teori Pelaziman
Klasik adalah merujuk kepada pembelajaran haiwan dan manusia yang terhasil
daripada gerak balas automatik terhadap sesuatu ransangan yang mula-mula tidak
memberikan sebarang kesan.
·
Teori ini menegaskan
bahawa pembelajaran adalah sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi
tingkahlaku.
·
Seterusnya
pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) ransangan dalam persekitaran
supaya pelajar dapat memberi respons dan diberi pengukuhan.
·
Behaviorisme adalah
perhubungan antara ransangan (R) dengan gerak balas (G).
·
Tingkahlaku adalah
gerak balas yang nyata dan dapat diramalkan.
·
Untuk pembelajaran yang
berkesan, guru mengaitkan pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran.
·
Bimbing pelajar
gunakan kemahiran generalisasi dan diskriminasi dengan tepat.
·
Beri latihan yang
cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dan gerak balas terlazim.
Teori
Pelaziman Klasik Pavlov
·
Ivan P.Pavlov
merupakan pelopor konsep pelaziman klasik.
·
Bahan uji kaji beliau
adalah seekor anjing. Beliau membunyikan loceng dan memerhatikan gerak balas
anjing.
·
Menurutnya, setiap
ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas pula ialah apa-apa sahaja
tingkah laku yang timbul kesan dari ransangan.
·
Kata kunci teori
beliau ialah pembelajaran melalui perkaitan. Iaitu perkaitan antara ransangan
dan gerak balas.
·
Pembelajaran daripada
perkaitan dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik.
·
Beberapa konsep
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip
pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov iaitu : Pembelajaran semula,
generalisasi, diskriminasi dan penghapusan.
Implikasi
Teori Pavlov ke atas pengajaran dan pembelajaran.
·
Kaitan antara
ransangan dengan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari.
·
Kaitan antara
ransangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap
ransangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas
terlazim itu..
·
Motivasi memainkan
peranan penting dalam pembelajaran.
·
Pembelajaran boleh
berlaku melalui latihan, pembiasaan atau pengalaman. Justeru itu pelajar mesti
dilibatkan dalam proses pengajaran.
·
Generalisasi boleh
berlaku semasa proses pembelajaran.
·
Penghapusan boleh
berlaku jika peneguhan tidak diberikan atau diberhentikan.
·
Pembelajaran berkesan
akan berlaku jika guru dapat membantu pelajarnya mendiskriminasikan jenis
ransangan yang perlu diberikan tumpuan.
·
Konsep pemulihan
serta-merta juga dapat membantu seseorang guru itu meningkatkan keberkesanan
pembelajaran.
Teori Pelaziman Klasik
J.B.Watson
·
Seorang ahli
psikologi Amerika.
·
Kajian beliau ialah
tentang emosi kanak-kanak.
·
Ahli psikologi yang
pertama menggunakan perkataan “behaviorisme”.
·
Beliau sangat
terpengaruh dengan model pelaziman klasik Pavlov.
·
Perbezaan antara
manusia adalah pengalaman. Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman
yang buruk.
·
Menurut beliau,
manusia mempunyai tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang.
·
Emosi boleh diajar
melalui proses pelaziman.
·
Pelaziman boleh
melahirkan reaksi emosional.
·
Eksperimen yang
beliau jalankan adalah antara Albert (berusia 9 bulan) dan seekor tikus putih.
Aplikasi pelaziman
J.B.Watson dalam pengajaran
·
Tingkah laku positif
boleh diajar dengan ransangan yang sesuai.
·
Pelajar hendaklah
belajar perhubungan gerak balas secara sistematik.
·
Bagi pengukuhan
ingatan, latihan hendaklah dijalankan secara kerap.
·
Ransangan hendaklah
digunakan bagi memotivasikan pelajar
supaya minat belajar.
·
Minat pelajar boleh
ditimbulkan atau dihapuskan.
·
Persekitaran adalah
amat penting bagi mendorong perkembangan potensi pelajar.Persekitaran yang kaya
dengan bahan pengajaran dan asuhan serta bimbingan guru dan ibu bapa yang baik
akan membantu kanak-kanak menikmati perkembangan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Teori
Pelaziman Operan Thorndike
·
Seorang ahli
psikologi Amerika.
·
Beliau memperkenalkan
pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan ransangan dengan
gerak balas.
·
Beliau telah mengkaji
tingkah laku dan gerak balas seekor kucing untuk mendapatkan makanan juga
beberapa haiwan lain.
·
Beliau juga berjaya
membentuk tiga hukum iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.
·
Hukum Kesediaan –
pelajar/seseorang bersedia belajar (ransangan motivasi) maka pembelajaran akan
berkesan dan memuaskan . Pelajar belum bersedia atau dipaksa belajar (tanpa
ransangan) maka pembelajaran tidak berkesan.
·
Hukum Latihan –
Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika ada
latihan, pengulangan serta aktiviti pengukuhan diberikan.
·
Hukum Kesan –
Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya ada
kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang.
·
Sekiranya kesan
pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap dan pertalian
antara ransangan dan gerak balas akan lemah.
Implikasi Teori Thorndike ke
atas pengajaran dan pembelajaran
·
Mengadakan pelbagai
ransangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.
·
Memberi ganjaran atau
peneguhan untuk respons yang betul.
·
Menentukan
persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
·
Sentiasa menilai
kesediaan pelajar.
·
Untuk meningkatkan
tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai.
·
Banyakkan aktiviti
latihan, ulangkaji serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan.
·
Pembelajaran juga
boleh berlakumelalui usaha cuba jaya.
Teori Pelaziman Operan
Skinner.
·
Burhrhus Frederic
Skinner mempunyai ijazah kedoktoran psikologi dari Universiti Harvard. Beliau
melanjutkan usaka Thorndike dalam kajian tentang pelaziman.
·
Teori beliau juga
berasaskan ransangan dan gerak balas.
·
Beliau menggunakan
tikus untuk kajiannya yang terkenal iaitu ‘Skinner Box”.
·
Skinner mengemukakan
prinsip pelaziman operan iaitu peneguhan(positif dan negatif) dan hukuman ( Positif dan negatif).
·
Peneguhan biasanya
dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.
·
Jenis peneguhan
positif yang boleh diaplikasikan ; Peneguhan kendiri, pujian, beri perhatian,
memaparkan dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar, makanan dan memberikan
peluang menjalankan aktiviti yang disukai mereka.
·
Peneguhan negatif
pula berbentuk dendaan atau hukuman dan ia menyakitkan.
Implikasi Teori Skinner ke
atas pengajaran dan pembelajaran.
·
Guru perlu
menggunakan peneguhan positif(seperti pujian atau hadiah) untuk mengukuhkan
tingkah laku yang diingini.
·
Peneguhan positif
perlu dilakukan secara tekal dan tetap bagi menjamin pengulangan tingkah laku
yang diingini.
·
Objektif pendidikan
yang ingin dicapai perlu realistik. Jika tidak pelajar akan mengalami
kegagalan. Kegagalan akan menyebabkan berlakunya peneguhan negatif.
NOTA
RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN BRUNER
Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada
tahun 1915 dan merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di
Amerika Syarikat.
- Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat membolehkan seseorang itu menguasai dan mempelajari beberapa perkara dan dapat dikaitkan secara bermakna.
- Beliau juga menekankan penguasaan konsep untuk kanak-kanak melihat suatu gambaran secara keseluruhan.
- Kanak-kanak perlu memahami sesuatu konsep ketika sessi pembelajaran.
- Perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
a) Peringkat enaktif ( 0 – 2
tahun )
b) Peringkat Ikonik ( 2 -4 )
c) Peringkat Simbolik ( 5 –
7 )
- Pembelajaran Penemuan Bruner - beliau berpendapat bahawa guru seharusnya membekalkan pengalaman kepada kanak-kanak untuk membantu menemui sesuatu idea, konsep atau pola. Murid diperkenalkan dengan satu fenomena dan murid menyiasat bagaimana keadaan itu berlaku. Setelah jawapan diperoleh , jawapan itu akan dibincangkan bersama guru dan murid lain di dalam kelas.
- Teori Pembelajaran Induktif - guru seharusnya membekalkan murid-murid dengan pengalaman supaya murid menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan. Pembelajaran Induktif ini juga adalah untuk memotivasikan pelajaran yang aktif dan membentuk konsep yang difahami.
- Konsep pemikiran induktif adalah dari spesifik kepada umum.
- Cara pembelajaran induktif ini adalah guru tidak memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep adalah dibina secara perlahan hasil daripada pendedahan kepada kanak-kanak iaitu pelbagai aktiviti dan pengalaman.
- Menggunakan pengalaman untuk membentuk konsep baru.
- Pembelajaran Induktif – (Memain peranan – latihan pembentukan konsep – aktiviti amali – aktiviti lain).
Implikasi Teori Bruner ke atas pengajaran dan
pembelajaran
·
Kanak-kanak belajar
melalui pengalaman, mereka perlu diberi peluang untuk meneroka, memegang,
mencium dan merasa supaya proses ini dapat mewujudkan pembelajaran bermakna.
·
Murid tahap 1 , gambar, carta dan objek perlu
digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep.
·
Murid tahap 2
pula,hukum dan prinsip perlu ditekankan agar mereka boleh mengaplikasikannya di
dalam proses penyelesaian masalah.
·
Motivasi ekstinsik
dan motivasi intrinsik perlu ditekankan untuk meransang minat murid terhadap
sains.
·
Kesediaan murid-murid
juga perlu diambil berat serta menambah nilai-nilai murni di dalam pelajaran.
NOTA RINGKAS TEORI
PEMBELAJARAN AUSUBEL
* David
Ausubel adalah seorang ahli psikologi pendidikan yang menekankan penguasaan
bahasa yang bermakna .
* Menurut
beliau,maklumat dalam bentuk bahasa dapat dikuasai melalui dua cara iaitu
resepsi dan penemuan melalui hafazan atau bermakna.
* Pembelajaran
bermakna terjadi apabila seorang kanak-kanak dapat mengaitkan fenomena baru ke
dalam struktur pengetahuan mereka.
* Pembelajaran resepsi (Pembelajaran Penerimaan)
- Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar dapat menerimanya dengan baik.
- Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar dapat menerimanya dengan baik.
* Menurut
Ausubel, guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara tersusun dan
teratur di dalam bentuk kuliah dan ceramah.
* Walaupun
guru memberi maklumat,idea-idea dan respon pelajar boleh dibincang bersama
guru.
* Pembelajaran
secara reseps dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos institusi yang
mengendalikannya.
* Menurut
beliau juga bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang banyak cara yang
baik ialah melalui pembelajaran resepsi.
* Untuk
kanak-kanak yang masih muda, cara pembelajaran resepsi adalah menarik dan cepat
dilupai oleh mereka.
* Pembelajaran
Penemuan – maklumat diperolehi oleh pelajar adalah secara bebas melalui usaha
sendiri, amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif individu untuk
menghadapi ransangan pelbagai serta dapat memenuhi kehendak dan keperluan
pelajar yang lebih matang.
* Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal –
diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan
pembelajaran, supaya pembelajaran optima boleh berlaku.
* Pembelajaran
Verbal dengan penyusunan awal ini berfungsi untuk menjelaskan kepada kanak-kanak
tentang perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran malah boleh
juga menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari.
* Terdapat
3 tujuan penggunaan penyusunan awal iaitu memberi gambaran
a) memberi gambaran tentang apa yang
penting dalam pelajaran
b) menjelaskan hubungan antara
konsepyang akan dihuraikan
c) menggerakkan minda pelajar untuk
mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.
* Penyusunan
konsep dalam bentuk pengetahuan harus disusun dalam bentuk
hirarki iaitu dari konsep umum ke
spesifik.
Implikasi Teori Pembelajaran
Ausubel ke atas pengajaran dan pembelajaran.
1. Guru
digalakkan menggunakan penbelajaran penemuan untuk melibatkan murid di dalam
aktiviti penyiasatan, kajian sendiri, pengumpulan maklumat, analisis,membuat
sintesis penilaian dan rumusan.Pembelajaran seperti ini lebih kekal, bermakna
dan menyeronokkan.
2. Teknik
penghafazan masih boleh digunakan oleh guru untuk mengingati sesetengah perkara
seperti rumus-rumus matematik, sifir, puisi dan pantun.
3. Pembelajaran
bermakna ditekankan untuk membuatkan/membantu murid memahami sesuatu konsep,
perkaitan sesuatu isi-isi pelajaran dengan pertalian dan antara pengalaman baru
dan pengalaman lama.
4. Ketika
mengajar guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid bagi menjamin
kesesuaian bahan dan aktiviti pelajaran yang disediakan.
5. Guru
juga boleh menggunakan pembelajaran superordinat atau pendekatan induktif atau pembelajaran deduktif .
NOTA
RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN GAGNE
Beliau ialah Robert
M. Gagne , telah dilahirkan pada tahun 1916 .
Beliuan merupakan
ahli psokologi eksperimental yang berpengalaman .
Gagne menggunakan
teori pembelajaran behavioris dan kognitif untuk mengkategorikan kedayaan
pembelajaran ke dalam 5 kelompok utama iaitu kemahiran kecerdasan, strategi
kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran motor dan sikap. Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977)
juga mengemukakan lapan syarat pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut
hierarki kemahiran kecerdasan. Syarat pembelajaran tersebut ialah :
1.
Pembelajaran isyarat
2. Pembelajaran gerak balas
3.
Pembelajaran rangkaian motor
4. Pembelajaran bahasa
5.
Pembelajaran diskriminasi
6. Pembelajaran konsep
7.
Pembelajaran hukum
8. Pembelajaran penyelesaian masalah
Penggunaan
prinsip pembelajaran Gagne :
Prinsip
daripada yang mudah (asas) ke yang rumit
Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya:
1- Pembelajaran Isyarat
Pembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak sengaja.
Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu dimiliki oleh seseorang individu ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah laku, contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba, keadaan ini berlaku kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu ransangan positif akan menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh mendesakkan pembelajaran.
2- Pembelajaran ransangan – tindak balas
Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu dititiberatkan. Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar. Akan tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang dikenalpastikan. Dengan perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransangan betul atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar dapat bertindak balas terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Contohnya, guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk mengekalkan tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk mendapat pujian gurunya.
3- Pembelajaran melalui rangkaian
Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak balas dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti penulisan, permainan, muzik dan sebagainya. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang binokular di hadapan mata, menuju binocular itu kearah objek itu dan menyesuaikannya untuk memfokus dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya. Contohnya; seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti :
Kemahiran menghantar bola
Kemahiran menerima bola
Kemahiran menjaringkan bola
Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.
4- Pertalian bahasa
Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu ransangan untuk menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan penggunaan bahasa yang telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan sebutannya. Proses ulangan penting untuk menjamin peneguhan pertalian bahasa.
5- Pembelajaran diskriminasi
Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan yang berupa sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus. Demgam perkataan lain dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang individu itu sanggup menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza walaupun kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada objek. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan haiwan yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.
6- Pembelajaran konsep
Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal pasti cirri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari. Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar belajar konsep melalui contoh-contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu mengetahui tentang beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan perbezaannya berbanding dengan sisik dan bulu pelepah.
7- Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan operasi tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran penyelesaian masalah. Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran hukum :
Memberi maklumat yang betul
Menghuraikan ciri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep
Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep yang berkaitan.
Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari.
Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari.
8-Pembelajaran penyelesaian masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah peringkat pembelajaran yang paling sukar dan kompleks. Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian masalah iaitu :
Mengenal masalah
Mencari maklumat
Membuat hipotesis
Memilih cara menyelesaikan masalah
Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ).
Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).
Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar kemahiran berfikir.
Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam
Bilik Darjah
Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.
1- Pembelajaran Isyarat
Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.
1- Pembelajaran Isyarat
Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan
pembelajaran isyarat.Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan menggunakan kad
imbasan perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.
2- Ransangan gerak balas
2- Ransangan gerak balas
Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhan. Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada
pelajar dengan memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja
masing-masing dengan senyap, guru perlu memberi pujian.
3) Rangkaian motor
3) Rangkaian motor
Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.Contohnya, kemahiran hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil
dalam urutan spesifik.Prinsip ini penting dalam mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan
Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.
4) Pertalian Bahasa
Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis
pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep dan
menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting.
5) Diskriminasi
Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang lain.Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang tinggal di kawasan kutub dan gurun.
6) Pembelajaran konsep
5) Diskriminasi
Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.Pelajar seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang lain.Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang tinggal di kawasan kutub dan gurun.
6) Pembelajaran konsep
Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.Mereka harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu
kelas atau kategori.
7) Pembelajaran Hukum
7) Pembelajaran Hukum
Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan dengan
mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.Di samping itu guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dan memberi fokus kepada
aspek-aspek yang penting dalam hukum.Seterusnya pelajar harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang
berkaitan.Guru juga perlu menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar, melalui
soalan dan ujian. Akhir sekali pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai sesuatu
hukum.
8) Penyelesaian masalah
Bagi proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh pelajar. Kemudian guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hukum dan konsep yang perlu diaplikasi. Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah pelajar mencari jawapannya sendiri.Polya (1957), telah memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah, iaitu :
Memahami sesuatu masalah
Membuat pelan tindakan
Melaksanakan pelan tersebut
M enilai hasil dan keputusan pelan
Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
* Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.
* Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.
NOTA
RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN PIAGET
*
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel,
Switzerland pada 9 Ogos 1896
*
Beliau dikenali sebagai bapa
psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan dan kognitif.
*
Menurut Piaget , perkembangan
kognitif seorang kanak-kanak mengikut satu siri urutan yang berperingkat.
Piaget membahagikannya kepada 4 peringkat iaitu:
a) Peringkat deria motor ( 0 -2 tahun
)
b) Peringkat
Praoperasi ( 2 – 7 tahun)
c) Peringkat operasi
konkrit ( 7 – 11tahun )
d) Peringkat operasi
formal ( 11 tahun ke atas)
*
Piaget telah mengemukakan beberapa
konsep dalam teori pembelajaran beliau iaitu:
1. Skema
-Ia merujuk kepada potensi am yang
ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.
-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.
-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.
2. Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".
-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".
3.
Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana
struktur kognitif mengalami perubahan.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
4. Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara
akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.
-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia
muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau
lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan
berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah
kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut,
kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang
tinggi.
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :
l Tahap Sensorimotor @ deria motor
(dari lahir hingga 2 tahun)
l Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
l Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11
tahun)
l Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga
dewasa)
Tahap-tahap perkembangan
TAHAP SENSORIMOTOR (DARI LAHIR - 2
TAHUN)
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya
dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa.
Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan
mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah
laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning)
(Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam
sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu
pada umur yang tertentu.
a) Dari lahir hingga satu bulan
(refleks)
Bayi
hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir
melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan
sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya.
Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada
gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan
pantulan sahaja.
b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi
asas sekular)
Peringkat
pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula
mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini
pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku
kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama.
dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung
kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi
baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan
gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan
matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut
melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan
atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.
c) Empat hingga lapan bulan (reaksi
sekular kedua)
Di
tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n
pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu
proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti
mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh
membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu
sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk
mengeta hui atau mengenali barang tersebut.
d) Lapan hingga dua belas bulan (
reaksi kordinasi)
Ia
dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya
disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi
sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya
kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab
akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat
mainan, ia akan berbunyi.
e) Dua belas bulan hingga lapan belas
bulan (reaksi sekular ketiga)
Pada
ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi
berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan
keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi
baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan
pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu
objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah.
Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk
mendapatkan perhatian.
f) Lapan belas bulan hingga dua tahun
(penggambaran pemikiran awal)
Berlakunya
kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami
aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat
mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah
laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang
peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.
TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini
ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan
simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila
ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak
masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.
Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerus tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerus tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
1. Perkembangan kebolehan mental
kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang,
rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi
skema tingkah laku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul
difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.
Bagi tahap ini, Piaget telah
bahagikan kepada dua sub tahap iaitu
:
1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan
dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka
belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.
TAHAP OPERASI KONKRIT ( 7 - 11 TAHUN)
Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu
berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini,
kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada
tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini
akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang
lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka
mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan
bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki
zaman persekolahan.
Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa
kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek
lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya
sendiri.
PERINGKAT OPERASI FORMAL
(11 tahun ke atas)
Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan
beberapa pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir
secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk
hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.
1.
Pengertian Konstruktivisime
“Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.”
(Sumber:http://www.teachersrock.net/teori_kon.htm)
“Pengetahuan yang dibina secara
aktif oleh individu melalui pemikiran. Murid membina pengetahuan baru dengan
menyesuaikan maklumat pengetahuan sedia ada dan membuat kaitan dengan
persekitarannya”
(sumber: ________, pengenalan pengajian sosial, Open Universiti
Malaysia, 2007, M.S 35.)
PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
ENGAGE Merangsang perasaan ingin tahu
murid
EXPLORE Meneroka/mencari
untuk memenuhi perasaan ingin tahu
EXPLAIN Menjelaskan
ELABORATE Menghuraikan dengan
contoh, metafora atau lain-lain
EVALUATE Menilai
CIRI-CIRI
PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
1. Berpusatkan murid
2. Pembelajaran sebagai satu proses dan perkembangannya
berhubung kait
3. Pembentukan dikonstruk dengan adanya kefahaman atau
idea asal tentang sesuatu perkara.
4. Pengetahuan awal ini sebagai pengetahuan mentah .
5.Peluang murid membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui pengalaman
yang dilaluinya .
6. Menggalakkan murid bertanya dan berinteraksi dengan
lebih kerap (bersoal jawab)
7. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid
dan menggunakan panduan merancang pengajaran
8. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa
oleh murid
9. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi
murid
10. Menggalak proses inkuiri melalui kajian dan
eksperimen
11. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana
murid belajar sesuatu idea
Tiada ulasan:
Catat Ulasan